Tinta Nostalgia Kehidupanku
Diari Seorang Zareda
Monday, May 21, 2012
Thursday, May 17, 2012
~From Penang With Love~
Love lah sangat kan.. hehhehe.
Bersiaran lagi setelah berminggu tak updet. Sekarang ni tengah berhempas pulas siapkan kerja kat ofis dan freeze kerja luar sampai minggu kedua Jun. Zar penat! So merempanlah zar sorang sorang kat pejabat siapkan report ya.
Balik daripada JB, siap siap ke Penang. Masa ni memang badan tak sihat dan along the way zar tidur jer sampai staff zar kata 'Puan ni cam tak sihat je?' Zar jawab 'Saya letih. Kalau saya tumbang awak teruskan lah ye masuk site'... hehheheh. Tapi tak ada makna nya.. knowing me.. sampai je KOMTAR terus masuk ofis Penang dan buat diskusion dengan Pengarah.. pung pang pung pang sampai jam 4.30. Dah turun baru rasa kebuluran.. rupanya sepanjang hari tak makan lagi ni... punyalah layan mata...
Cari nasi kandar.. tak jumpa dah Line Klear.. mana yang sempat jer bedal je .. lapar dah..

Kuah kari dia meleleh, dengan telur sotong dan sayur bende.. maveles.. tapi tak leh lawan line klear..
Malamnya dah terkebil kebil tak boleh tidur. Nasib baik hotel tepi laut so layan tepi laut.. ada live band.. dengarlah gedegang gedegung dia tu tapi tak masuk pun..
Esoknya masuk site pi spice garden.. dah serabut sikit spice garden ni tak macam zar masuk 7 tahun lepas.. cantik jer berjaga.. kat buaian atasbukit ni bersih jer.. la ni macam huru hara kat buaian tu.. nak pi pun maks sereeemmm takut ular..
Petangnya pi satu site ni nak masuk kebun herba dia. Kebun ni belakang tokong ular Penang tu so memang dia dah warning kebun dia banyak ular. Alahai.. zar dah cuak ni.. masuk kebun pun sipi sipi jer... asal ada gerak gerak bawah daun tu, maks terperanjat.. ehhehe
Masa nak balik tu singgah rumah owner kebun tu masa kat situ ler lutut zar terpeleot.. rasa kaki berat sangat. malam tu nangis tahan sakit, berdengkot dengkot.. tampal koyok besar dan makan painkiller sebab esoknya ada dua site lagi tu nak masuk.
Esoknya dah boleh berjalan laju.. walaupun ada sengal sengal tapi ku tahankan jua.. Jumpa responden terakhir kat Kepala Batas.. engineer tapi buat bisnes herba.. menarik kan.. dah dua orang engineer zar jumpa yang berhenti kerja dan buat bisnes herba sepenuh masa.. income dorang puluh ribu sebulan uoolss.. sebab dia gunakan strategi pemasaran yang tulen. Sorang lagi engineer kat Yan.. isteri pun dua.. tak sanggup.. hehehhe.
Balik tu singgah kampung jumpa ayah bonda.. sempat lah pi mengurut dua kali.. best sesangat. Tapi nak cerita seram jugaklah.. masa mengurut kali pertama tu, tukang urut tu kata tangan dia bisa macam ada benda lain.. ish ish.. Lepas mengurut tu pulak zar tertidur awal, siap menggigau bagai kata mak zar.. pas tu malam tu zar mimpi macam macam.. sereeemmm
Esoknya mengurut kali kedua, tukang urut tu kata dah ok.. tak ada bisa dah.. alhamdullillah.. Ni lah risiko kerja macam zar ni.. masuk kebun keluar kebun, redah hutan redah paya.. kengkadang maybe terlanggar ke terlangkah ke.. nauzubillah!
Apapun, itulah cara kita mencari rezeki kan.. suka duka tu asam garam dan jadi pengalaman. zar fikir 3-4 tahun jer lagi zar sanggup meredah hutan ni.. Maybe projek RMK12 nanti, makcik dah tua, sakit tulang belulang lah pulak.. dok kat ofis jer.. bagi angkatan muda plak masuk hutan. :)
Tapi yang penting walaupun tua, makcik tetap vogue dan ramai yang sayang... blueekkkk.. hahaha
Opsss lupa nak cakap terima kasih pada sahabat di Penang yang memberi layanan dan bersusah payah sepanjang zar di Penang... Zar sangat menghargainya dan mudah mudahan murahlah rezeki dia, cepat naik pangkat dan sihat sejahtera selalu.
Saturday, May 05, 2012
~Mari Masuk Kebun Getah~
Phewwwww....
Zar agak sibuk seminggu dua ni. Kat ofis pun macam macam hal dengan anak anak buah. Tu nanti zar cerita entry next. Panas gedebom tau kisahnya.. hehhehe
Minggu lepas zar kerja luar di Segamat. Masuk kebun getah orang kampung kat sana ..
Macam macam lah zar ni kan.. kejap kerja amik gambar korporat, kerja buat kerja editing buku, kejap lagi buat kerja printing, kejap kerja jumpa tok bomoh, kejap kerja dengan committe, kejap bagi ceramah kaunseling, kejap jadi fasilitator.. yerlah I ni kan pekerja gomen yang multi purpose .. sebut jer kerja apa selain daripada expect hal hal ekonomi.. semua kerja I terer tau.. :)
Ok balik ke pangkal jalan. sebenarnya zar sedang buat projek Kajian Semakan semula kadar bayaran cukai ke atas kayu get*h, herb dan kayu kelap* sawit. yerlah sebagai ahli ekonomi, kerja zar adalah fikir macam mana nak tambah pendapatan negara so janganlah ingat kerja gomen ni asik mengabihkan duit rakyat je.. Kami pun pecah otak nak pikir macammana nak kasik tambah tabung gajah kerajaan jugak.
Itulah yang zar buat soal selidik dengan tok bomoh ubat yang amalkan perubatan dengan herba bulan lepas.. Seram sejuk tau tak nak interview depa ni.. pandang kita semacam aje.. macam nak ditelannya. ada sorang Pak haji tu siap cakap, " korang ni tadi datang berempat.. kenapa pulak balik berlima ni?" waaaa.. makkkkk ... tolong.... tak sukerrrrr... rasa nak lari balik KL jer masa tu.
Ada lagi sorang Tokei herba ni cakap ubat dia daripada herba tu boleh jadi penawar kencing manis lah, darah tinggilah.. so zar tanyalah.. "Tuan Haji, ubat kurus ada tak?" hehhe saja nak berlawak lah kononnya..
Sekali dia jawab daa.. "Siapa yang nak kurus ni.. Puan ka? Kalau puan tak payah dok kuruih lagi dah.. biar berisi sikit sikit cam ni.. saya suka!"
Aramakkk.. staf zar dah terkekek kekek ketawa tengok muka zar cuak habis dah.. Menyesal che kiah tanya... tobatttt.. apa kejadahnya kalau ko suka pun Tuan Haji wooiiii.. tapi terus terkelu mulut che kiah..
Tu cerita dengan tok bomoh ubat.. Minggu lepas dengan penoreh getah plak. Kebetulan ada Program Membaja Pokok Getah di Segamat makanya zar ambil peluang ni nak kumpulkan seramai boleh penoreh getah untuk dibuat soal selidik. Bukan senang tau nak deal dengan penoreh getah ni.. kena bahasa halus dan nak bagi keterangan dalam borang soal selidik tu kena pakai bahasa orang kampung.. kalau kita sebut bayaran royalti, cubic meter ke, keluasan hektar, bayaran premium ke.. harus tak berjawab soalan dalam borang tu.
Zar bagi taklimat dan pandu satu satu soalan dalam borang.. kesian tengok pak haji yang dah tua tua tu.. nak baca soalan pun terkial kial.. apatah lagi nak jawab..kami bantu dan cuba dapatkan maklumat sebanyak yang boleh. Masa diberi setengah jam je.. bayangkan kelam kabutnya.. tapi che kiah pasrah je. Kebetulan wakil rakyat kawasan itu pun ada hadir sama so bila wakil rakyat dah sampai kami harus beri laluan kepada program membaja tu diteruskan.
Masa majlis dah habis dan kami menjamu menjamu selera, Zar duduk meja VIP lah kan.. dengan wakil rakyat tu.. adalah beberapa perkara dan hal hal yang kami bincang dan dsiclosed untuk kepentingan kedua dua pihak. Kerajaan dan penoreh getah sama sama perlu dijaga. Tu semua lah tu kan.. kena buat analisis dan laporan yang win win situation lah.. Tapi nak bagitahu orang Segamat ni.. kuih koci labu yang dihidangkan petang tu sangat maveles ok.. terima kasih kerana menceriakan hari saya dengan kuih koci labu yang maha sedap ittew... :)
Seronok bersembang dengan orang kampung ni.. Ketua Kampung Kg Jawa kat Segamat tu memang baik dan peramah. Rasa nak datang lagi je.. hehhehe
Esoknya, kami ke satu kampung lain nak terjah ke kebun getah terus. Lepak kat kedai kopi kampung sambil tunggu para penoreh getah ni balik menoreh dan pekena kopi kat situ. Dapatlah berbual dan mintak pandangan dari beberapa penoreh getah.. belajar kenal susu getah, masalah penoreh.. pasal harga, subsidi, cuaca macam macam lagilah. Banyak maklumat yang zar dapat dan rasa puas hati ke sana walapun penat dan panas lit lit.
Tengahari lepas makan terus balik KL. sampai rumah.. basuh baju dan packing semula nak ke Bengkel di PD selama tiga hari Jumaat- Ahad.Angkut satu rumah ikut sekali. Balik daripada bengkel, masuk ofis 2 hari dan hari Rabu petang dah terbang ke Johor Bharu dan travel ke Mersing untuk program bimbingan selama 2 hari. Di Mersing zar buat kerja kaunseling. Beri ceramah dan buat program kendiri unggul. Ni pun macam macam cerita maklumlah kita buat program bimbingan harus banyak cerita pelik tapi benar . Manusia memang tak habis habis dengan masalah kan..
Balik daripada Mersing ke JB semula dan jalan jalan habiskan duit ke sinun. Hari Sabtu petang baru sampai ke rumah semula.. Mintak maaf pada kawan-kawan di JB kerana masa suntuk dan zar pun dah letih sangat sangat.
Anggerik, nanti kak zar pi cuti cuti kat JB, surely kak zar akan cari masa jumpa ain dan aisyah.
Hasrat nak terjah kedai Leney kat Pasir Gudang pun tak kesampaian.
Yang berhajat sangat nak banjer i makan asam pedas tu pun tunggu ek.. Kali ni memang tak sempat, next time awassss.. I nak asam pedas kepala paus ek.. hahhahaah.
Dan yang susah payah carikan juga lontong JB untuk zar pagi tadi.. thank you so much.. Jasamu dikenang.. wink wink..:)
Sampai rumah tadi.. Che Kiah terus kedemaman.. dan hanya kek secret recipe je boleh masuk ke tekak buat masa ni.. hehhehhe

Wednesday, April 25, 2012
~Isteri Seksi~
Tak perlu nak manderam bagai...
Subscribe to:
Posts (Atom)